Rabu, 27 Jun 2012

MINYAK KELAPA DARO (VCO)



Minyak kelapa dara merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut.
minyak kelapa dara catalyst
45 % hingga 55% kandungan Lauric  & Capric Asid








terdapat dalam Minyak Kelapa Dara ,Hebat....!

Kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Virgin Coconut Oil )
Tahukah anda , pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi , segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara " Nactural Farming " tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak.  Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi ,seperti kata pepatah "makin tua makin pekat dan banyak santannya''.

Definasi Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  didalam buah kelapa tersebut.

Bagamana minyak kelapa Dara diproses?
Minyak  Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / patty asid yang kaya dengan "lauric Oil " tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli  terjamin kualitinya ?
Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksiden dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari pengabungan , pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunkan enzim ( merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksiden) dan  pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksiden. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi ( tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 maikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.











Kualiti VCO
Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif ? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / patty asid yang kaya dengan " lauric Oil " yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesity, dan stroke. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol danbetakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.
          Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai VCO? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk VCO. Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.     
          Untuk membandingkan minyak kelapa dengan VCO, pada Jadual 2 yang menunjukkan kualiti mutu minyak kelapa menurut SII (1979). Sementara jadual 3 menunjukkan kualiti VCO menurut AFCC (2005).        
          Apabila merujuk jadual 2 dan jadual 3, kandungan asid lemak, terutama asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada VCO dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid ministrant (C-14).       
          Menurut AFCC, proses pembuatan VCO tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu VCO dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang  demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai VCO. Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa VCO tidak dihasilkan melalui proses kimiarefining, deodorizing dan bleaching (RDB).        
           Minyak kelapa dara tidak mudah tengik kerana kandungan asid lemak jenuhnya tinggi sehingga proses oksidasi tidak mudah terjadi. Namun, bila kualiti VCO rendah, proses ketengikan akan berjalan lebih awal. Hal ini disebabkan oleh pengaruh oksigen, kewujudan air dan mikroba yang akan mengurai kandungan asid lemak yang berada di dalam VCO menjadi komponen lain.        
           Secara fizikal, VCO harus berwarna jernih seperti kristal, Hal ini menandakan bahawa di dalamnya tidak bercampur dengan bahan dan kotoran lain. Apabila di dalamnya masih terdapat kandungan air, biasanya akan ada gumpalan berwarna putih. Kewujudan air ini akan mempercepatkan proses ketengikan. Selain itu, gumpalan tersebut kemungkinan juga merupakan komponen tahi minyak yang tidak tertapis semuanya. Keadaan seperti ini secara langsung akan berpengaruh terhadap kualiti VCO.
Kebun kelapa
Si pemetik buah kelapa
Pengupas sabut kelapa
Proses belah kelapa
Isi buah kelapa
Mesin Pemerah santan
Confidential
Mesin pemecah buih
Confidential
Mesin proses permentasi
Confidential
M. gravity + hidrodinamik
Confidential
Mesin refine proses
Proses pengesahan kualiti
Pembotolan + perlebalan
Pemasaran produk

STRUKTUR KANDUNGAN MINYAK KELAPA DARA
         


KOMPOSISI KIMIA MINYAK KELAPA DARA
Jadual 2 (Sumber SII,1977)
Kandungan Kimia
Jumlah
Air(%)
0,5
Asid Lemak Jenuh
Asid kaproat (%)
tiada
Asid kaprilat (%)
8-9
Asid kaprat (%)
5-8
Asid lauric (%)
45-51
Asid ministat (%)
17-18
Asid palmitat (%)
8-10
Asid stearat (%)
1-3
Asid arukhidat (%)
0-1
Asid Lemak Tidak Jenuh
Asid oleat (%)
5-8
Asid linoleat (%)
1-2
Sifat Kimia-semulajadi
FFA (%)
5
Bilangan sabun
255-265
Bilangan peoksida
-
Bilangan yodium
8-10
Indeks bayangan(bias)
-
Logam berbahaya
negatif



STANDARD MUTU VIRGIN COCONUT OIL(AFCC)
Jadual 3
Identiti Characteristics
Interm APCC Standard
Relative density
0,915-0,920
Refractive index at 40°C
1,4480-1,4492
Kelembapan maksimal (%0
0,1-0,5
Insuluble impurities per cent by mass max
0,05
Saponification value
250-260 min
Iodine value
4,1-11,00
Specific gravity at 30 deg./30 deg.C
0,915-0,920
Acid value max
0,5
Polenske value min
13
GLC range of fatty acid composition
Asid kaproik (C 6:0)(%)
0,4-0,6
Asid kaprilik (C 8:0)(%)
5,0-10,0
Asid kaprik (C 10:0)(%)
4,5-8,0
Asid laurik (C 12:0)(%)
43,0-53,0
Asid miristik (C 14:0)(%)
16,0-21,0
Asid palmitik (C 14:0)(%)
7,5-10,0
Asid palmitoleik (C 18:0)(%)
2,0-4,0
Asid stearik (C 18:1)(%)
5,0-10,0
Asid oleic (C 18:2)(%)
1,0-2,5
C 24:1 (C 18:3)(%)
-
Quality charakteristics
Colour
Water clean
Free fatty acid (%)
0,5
Peroxide value meg/kg oil
3
Total plate count
-

Oudur and taste
Free from foreign and rancid odour and taste
Contaminants
Matter volatike at 105°C (%)
0,2
Iron (Fe) (mg/kg)
5
Copper (mg/kg)
0,4
Lead (mg/kg)
0,1
Arsenic (mg/kg)
0,1


Kelebihan Minyak Kelapa Dara

1-Menyerupai lemak susu ibu.


2-Bagi ibu-ibu menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric asid dan capric asid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)


3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
4-Antivirus dan antibaktera.
Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada  envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan  ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)
                  
     Jadual jenis-jenis "Lipid Coated Viruses".
JenisDeskripsi
VirusHuman immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+
VirusHerpes simplex virus-1 (HSV-1)
VirusHerpes simplex virus-2 (HSV-2)
VirusHerpes viridae (all)
VirusHuman lymphotropic viruses (type 1)
VirusVesicular stomatitis virus (VSV)
VirusVisna virus
VirusCytomegaloviru
VirusEpstein-Barr virus
VirusInfluenza virus
VirusLeukemia virus
VirusPneumonovirus
VirusSarcoma virus
VirusSyncytial virus
VirusRubeola virus
Jadual jenis-jenis Lipid Coated Bacteria
             Jenis
   Dekripsi
Bacterium   Listeria monocytogenes
Bacterium   Helicobacter pylori (gram negative)
Bacterium   Hemophilus influenzae (gram negative)
5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.
Sebagai functional food, (functional food telah didefinasikan pada An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid didalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric asid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric asid.
Lauric asid adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric asid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang juga mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya keatas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).
Dr. Halldor  Thormar, ahli sains Icelandic,  telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara , dapad membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan