assalamualaikum...
hai semua.kat sini saya nak kongsi cerita pasal kejadian yang berlaku pagi tadi. pagi tadi saya turun kerja seperti biasa. jalan yang saya selalu guna tu memang sunyi.tapi kadang-kadang tu rasa takut jugak. tawakal je lah...sesudahnya saya sampai di jalan tar.jalan besarlah. kat situ banyak sikit kereta lalu lalang.tak ada lah saya takut sangat.tapi pagi tadi,ada 2 orang budak lelaki naik motorsikal tegur saya.pembonceng dia pakai helmet dan yang bawa motor tu tak pulak pakai helmet. saya tak perasan pula dalam bakut diorang tu. nak tanya jalan kata nya. jadi saya jawab lah.saya tak tahu pun jalan yang dia bagitau tu. lorong 16??entah..saya memang tak tahu. kalau tempat saya tinggal memang saya tahu.tapi selain dari tu memang saya dah tak tahu dah..
lepas tu kan budak dua orang tu terus belah. saya pun langsung tak terfikir dia orang tu orang jahat ke apa ka..sebab masa tu kereta banyak jugak la lalu lalang. lepas tu saya terus lah sambung balik perjalanan saya ke pejabat. sesampai saya kat simpang tak jauh dari tempat budak dua orang tu tanya tadi ada lah seorang pakcik ne.berhenti depan saya. dia tanya apa yang budak dua orang tu nak tadi. saya bluurr lah sekejap. saya bagitahu lah diorang nak tanya jalan.
lepas tu pakcik tu PESAN kat saya.lain kali hati-hati. baru lah saya rasa cuak. saya memang tak menyangka yang buruk-buruk. pakcik tu bagitahu mungkin yang budak dua orang tu nak meragut. saya rasa terkejut jugak lh. alhamdulillah...jauh je dari semua tu.saya rasa bersyukur jugak ada pakcik yang prihatin dgn keadaaan sekeliling. dia bagitahu JANGAN terlalu dekat dengan dia orang kalau diorang nak tumpang tanya ke apa ka.beg tu hati-hati..huhu..rasa seram juga masa pakcik tu cakap macam tu. nasib juga masa tu saya kat tempat berjalan kaki dan diorang kat tepi jalan.lebih kurang 1 meter kot jarak diorang dari saya.
lepas tu pakcik tu terus belah.saya mengiyakan apa yang pakcik tu cakap. saya memang tak meyangka yang bukan-bukan. lepas tu saya heran juga macam mana pakcik tu boleh dapat rasa yang budak dua orang tu nak meragut ke apa.huhu...dah lah dalam beg saya memang ada duit.baru gaji kata kan..mungkin pakcik ne memang dari tadi perhatian yang budak dua orang ne kot.
jadi dari kejadian pagi tadi saya rasa itu pertanda untuk saya supaya lepas ni lebih berhati-hati. jangan terlalu percaya orang yang baru kita kena. berhati-hati di jalan raya. esok turun kerja rasa takut-takut pulak.huhu..x pe kita berdoa dan bertawakal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan