
Satu lagi petunjuk penting kesihatan kulit yang optimum ialah sebum, iaitu campuran minyak semulajadi yang dihasilkan kalenjar sebum kulit. Dalam imbangan yang sihat, lapisan hydrolipid (air dan minyak) terbentuk di permukaan kulit dengan pH yang sedikit berasid sebagai pertahanan semulajadi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan organisma berbahaya seperti jerawat, panau, kurap dan sebagainya.
Kulit juga sentiasa diperbaharui bagi mengekalkan fungsinya sebagai pelindung. Ia sebenarnya sentiasa menggelupas (secara lembut dan tidak disedari) untuk penggantian sel2 lama kepada yang baru. Dengan proses berterusan sepanjang usia, ia mengurangkan sel2 kulit rosak akibat sinaran UV atau radikal bebas yang masih melekat pada permukaan.
Apa akan terjadi bila proses penggantian kulit secara semulajadi itu berlaku dengan tidak sempurna? Tentunya sel2 mati yang tidak gugur lalu bercampur dengan sel2 baru yang terganggu pertumbuhannya akan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti kulit kering, kusam, berjerawat dan kelihatan lebih 'tua'. Di situlah tugas kita untuk membantu kulit bernafas dan tumbuh dengan sihat iaitu dengan memilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk menyingkirkan kotoran dan merawat ia secara berterusan.
Sabun
pembersih Sf Beauty adalah 'asas' yang tidak boleh diabaikan dalam
penjagaan harian, membantu anda memiliki wajah bersih dan sihat secara
semulajadi.
Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih Sf Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.
Manakala sabun pembersih Sf Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan