Jumaat, 28 Jun 2013

Tips pemakaian SF

Sebaik selepas mencuci muka dengan sabun, anda haruslah terus menyapu krim siang (pada waktu siang) atau krim malam (sebelum tidur). Usah biarkan wajah anda dalam keadaan polos begitu lama (2-3 jam kemudian) baru nak sapu krim2 tersebut kerana keadaan kulit sudah kering dan mula mengeluarkan lembapan (minyak) semulajadi. Maka, zat2 krim tersebut tidak lagi dapat diserap oleh kulit secara optimum. Contohnya anda mandi dan cuci muka jam 7 pagi, maka sebaik selepas mandi teruslah sapu krim siang, bukannya sapu ketika anda ingin keluar rumah pada jam 9 atau 10 pagi..


Setiap krim juga mula hilang keefektifannya dalam tempoh 6 jam selepas pemakaian. Jadi, pada waktu tengahari/zohor, basuh wajah dengan air biasa tanpa sabun sudah memadai kerana krim siang Sf Beauty larut bersama air dan meninggalkan lapisan kulit yang segar dan lembap. Selesai membersih, anda boleh memakai sekali lagi krim siang kerana cuaca panas dan hari yang panjang melebarkan sinar UV sehingga ke petang.

Pemakaian krim malam juga harus mengikut aturan. Oles nipis selepas cuci muka sejurus sebelum tidur, bukannya pakai selepas maghrib/isyak kemudian anda buat kerja rumah, makan2, mengadap komputer dan sebagainya. Kemudian anda terus masuk tidur jam 12 tengah malam dengan wajah yang berpeluh/berminyak dan tidak bersih. Anda harus tahu, krim malam bertindak secara maksima ketika kulit sedang rehat (lena) iaitu dalam tempoh 5 jam pertama kita tidur. Pada waktu ini krim malam bertugas mengangkat sel2 mati dan merawat tekstur kulit agar lebih sihat dan lembab serta mengaktifkan semula sel2 kulit yang lesu dan tidak bermaya akibat cuaca panas siang hari. Anda dapat rasai perbezaannya apabila bangun pagi..

Maka, gunakan produk Sf Beauty dengan sebaiknya. Besederhana, konsisten dan sabar. Anda pasti berpuashati dengan hasilnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan